Duduk di kuaters Kilang Sawit ini mempertemukan saya dengan kebanyakkan mereka yang berpendapatan rendah. Berbeza duduk di Kuala Lumpur walaupun menyewa rumah teres kos rendah 2 bilik dengan kadar sewaan RM700 sebulan, saya berjiran tetangga dengan kebanyakkannya golongan pencen atau kakitangan kerajaan atau swasta. Jiran sebelah kanan seorang peguam, jiran rumah sebelah kiri bekas pesara yang bekerja bank sebelum ini. Kami suami isteri bekerja walaupun berpendapatan besar tetapi banyak komitment yang harus di tanggung. Alhamdulillah hidup sederhana dan gembira.
Hidup saya juga dilingkungi dengan sahabat-sahabat terpelajar suatu tika dulu. Makcik-makcik yang berusrah dengan saya walaupun ada yang surirumah tetapi graduate dari universiti dalam dan luar negara. Ada doktor,jurutera, akauntan dan sebagainya. Kalau sesekali update facebook makan luar bersama keluarga atau berjalan-jalan bersama keluarga pun bukanlah sesuatu yang mengujakan bagi mereka. Kebanyakkan mereka berpendapatan tinggi dan kalau bercuti pun bukan dalam Malaysia.
Bila mengikut suami berpindah ke daerah baru ini yang tak pernah saya terbayang dan mimpikan. Saya berada dalam lingkungan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Bekerja di kilang sawit dengan pendapatan gaji minima atau jika sudah lama bekerja dan hampir pencen pun gaji mereka tak mencecah 2 ribu rata-ratanya. Saya lebih berhati-hati untuk update facebook tentang aktiviti kami sekeluarga samada keluar berjalan atau makan-makan di luar. Bimbang ada sahabat-sahabat di sini nampak kehidupan kami seperti sangat mewah dan menunjuk-nunjuk. Bayangkan ada yang nak balik kampung setahun sekali pun sangatlah susah kerana kekangan kewangan.
Suami saya memohon jawatan yang disandangnya sekarang melalui hq dan mendapat tawaran gaji yang lumayan berbanding gajinya di Kuala Lumpur. Memikirkan banya faedah yang ditawarkan dan rumah telah disediakan, suami menerima tawaran kerja dripada FGV dan saya akur berhenti kerja dan mengikut dia berpindah. Secara rasminya saya menjadi surirumah sepenuh masa.
Nak ceritanya walaupun nampak kehidupan kebanyakkan mereka sederhana mampu memunyai kereta walaupun tidak mewah, tetapi sebenarnya ada juga yang susah dan terpaksa mengikat perut sebelum tiba hari gaji bulan berikutnya. Semasa saya melahirkan anak ke empat di sini, saya mendapatkan bantuan jiran di kuaters ini untuk memasak selama seminggu pertama saya berpantang.
Kak Shima baik orangnya, mula-mula berpindah ke sini dia ada minta saya ajar anak-anak dia mengaji. Saya mengajar tak lama rasanya dalam 5-6 bulan dek kerana saya sendiri susah nak memberikan komitment kerana waktu itu saya selalu balik ke kampung. Bersembang-sembang dengak kak Shima, rupanya bila masuk pertengahan bulan hingga ke hujung bulan menu utama rumah dia hanyalah nasi berlaukkan telur dan kicap setiap hari. Pagi-pagi menanak nasi makan hingga ke malam. Saya jadi segan bila masa berpantang suami belikan ikan merah dan ikan tenggiri untuk menu berpantang saya sedangkn kak Shima dan keluarga hanya makan nasi berlaukkan telur. Hari ke tiga Ramadan ini saya teringatkan keluaga Kak Shima, apalah juadah mereka untuk berbuka.
Kawan-kawan kerja suami tak tahu berapa jumlah gaji dia dan dia sendiri tak beritahu gaji sebenarnya kepada kawan-kawan kilang kerana memang banyak beza walaupun dia hanya pekerja biasa. Tetapi kata suami orang kilang boleh agak jumlah gaji dia cuma tak tahu berapa je sebab bila kerja lebih masa tidak di benarkan claim ot. Suami hanya diberikan cuti sebagai ganti.
Ada jugak kawan-kawan kerja suami yang rajin nak pinjam duit walaupun baru seminggu dua gaji. Alasan beras dah habis dan sebagainya. Tapi yang membuatkan saya geram, kebanyakkkan daripada mereka ini adalah perokok tegar, memakai handphone mahal dan berhutang benda-benda yang bukan keperluan. Tidak pandai mengurus wang dan membezakan keperluan dengan kehendak. Kadang-kadang suami kesian diberinya juga RM10-RM20 ringgit. Cuma saya terbayang baru seminggu dua gaji nak pinjam 20-30 ringgit nak beli beras berapa hari bertahan?. Duit lauk macamana pulak? Kesian, sangat kesian sebenarnya anak-anak mereka yang sedang membesar tapi jadi geram bila ingatkan rokok yang mereka tak boleh tinggal.
Walau macamanapun, ukhwah dan hubungan kejiranan di sini sangat erat. Cuma saya belum berkesempatan sepenuhnya mengikut aktiviti kaum ibu di sini. Dengan anak-anak kecil memang sangat membataskan pergerakan saya. Saya sendiri belum nampak cabaran membesarkan anak di sini kerana anak-anak masih belum bersekolah secara formal. Semoga baik-baik sahaja semuanya.
Walau dimanapun tercampak hidup mesti diteruskan.
#surirumahmenulis
No comments:
Post a Comment