Friday, 26 May 2017

Emak Telefon

Emak telefon semalam tanya tak balik kampung ke?

Di tahu suami off kerja hari khamis. Mungkin mak berharap anaknya ni balik boleh main dengan cucu-cucu.

Kami dah rancang nak balik minggu depan sebab dah puasa. Nanti boleh berbuka puasa sama-sama.
Sebagaimana tiap-tiap anak istimewa di mata emak. Cucu-cucunya pun sama. Dibelikannya lori mainan, dibelikannya jubah, di belikannya gelang emas, dibelikannya mainan.
Janji dengan  nak pakai inai sama-sama. Setiap kali balik kampung anak dara sorang tu mesti berinai.
Kalau balik kampung kadang-kadang cakap " mak orang teringinlah nak makan kuih kaswi" Tengok-tengok petang tu dah jadi.
Zaman saya kecil dulu setiap hari Khamis arwah nenek akan pergi kuliah agama di surau kampung. Setiap kali balik mesti ada kuih yang dibungkus untuk saya dan adik-adik. Sayang cuculah katakan.
Sekarang emak pun jadi macam tu, setiap kali balik kuliah agama balik mesti bawakan kuih untuk cucu -cucu dia.
Alhamdulillah, tak ada perkara yang memberatkan kepala emak lagi nak fikir. Alhamdulillah anak-anak dah habis belajar semua dan bekerjaya. Tinggal fikir ada 2 orang anak bujang tak kahwin je lagi.
Panjang pulak cerita. Nak ceritanya menyambut Ramadan ni mesti mak teringat anak-anak dan cucu-cucu dia. Masing-masing dah berkeluarga dan cuti pun tak sama, susahlah jugak nak kumpul semua sekali. Raya pun belum tentu dapat kumpul semua sekali serentak.
Hanya telefon pengerat semuanya. 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...