Sunday, 28 May 2017

Kenangan Berbuka puasa zaman kanak-kanak

Zaman kecil dulu bila tiba waktu berbuka, mak akan suruh bentang tikar di lantai, semua juadah akan di letakkan di bawah. Waktu berbuka akan duduk bersila ramai-ramai makan kat bawah. Nikmatnya kerana bila bulan puasa je boleh makan bersama. Saya dan adik perempuan akan menyusun pinggan dan cawan ikut bilangan orang yang ada di rumah. Menunggu waktu berbuka, emak akan buka radio Melaka untuk dengar pengumuman waktu berbuka.Sambil-sambil tu akan dengar tazkirah diselangi dengan iklan-iklan produk yang menaja siaran waktu berbuka tersebut.
Zaman kecil-kecil memang suka berbuka puasa dengan air batu. Selalunya kalau bulan puasa kami akan berbuka dengan air cincau ais atau sesekali air soya yang di beli dari pasar Ramadan.Zaman kecil-kecil kami tak banyak songeh, apa yang di hidang itulah yang kami makan dengan gembira.

Paling seronok bertukar-tukar juadah dengan jiran sebelah merangkap mak sedara. Juadah biasa-biasa je sebenarnya selain nasi putih yang memang wajib di masak. Kadang -kadang ada mee hon goreng, jemput-jemput udang atau jemput-jemput pisang, atau yang istimewa sikit ada mee hon sup atau mee bandung. Tetapi kerana nikmatnya lapar di Ramadan. Semua juadah yang terhidang akan nampak sedap. Pemberian bubur lambuk juga menjadi tradisi di sini. Kadang kala arwah ayah akan ambil di masjid . Biasanya diedarkan selepas zohor sehingga asar. Biasanya yang sikit tu yang sedap. Berebut adik beradik nak makan. Hehehe

Zaman tu berbuka dengan kurma pun bukan ada jenama macam sekarang bergred-gred. Makan kurma pun beli timbang kilo di kedai runcit. Kurmanya lembik, sekali pandang macam asam jawa tu.  Sekarang kurma pun ada macam-macam jenis, dari semahal-mahal harga sampai yang gred biasa. Ada kurma bisik-bisik.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...