Saturday, 25 March 2017

Balik Kampung


Zaman berubah seiring kemajuan.
JIka dulu zaman kita kecil, balik kampung berkubang dalam parit, tangkap ikan, panjat pokok. Sangat tragedi anak-anak zaman sekarang, pokok pun tak pandai panjat.
Anak-anak zaman sekarang balik kampung, mandi kolam.


Ada ayam kampung pelihara sendiri pun,nak makan kena hantar kedai untuk sembelih. Suami pandai sembelih, tapi tak ada yang berani nak pegangkan ayam. 
Sepanjang perjalanan kami balik, kedai-kedai makan kebanyakkannya penuh dengan orang. Penangan cuti sekolah. Rezeki peniaga-peniaga makanan sepanjang cuti sekolah ni berganda. Kamu berhenti makan disebuah kedai makan, jalan menghala ke Batu Pahat. Jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam waktu itu, sayangnya semua menu habis, tinggal mee goreng sahaja. Alhamdulillah dapatlah kami makan buat mengalas perut. 
Nikmatnya balik kampung masih ada lagi yang hendak disantuni, peluang untuk kami berbakti.

Alhamdulillah!!

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...