Sampai dari kampung hampir jam 12 malam tadi. Bangun pagi ni rasa seronok sangat sebab suami dan anak-anak masih cuti. Dalam kepala ligat berfikir nak sediakan sarapan apa untuk anak-anak dan suami.
Saya teringatkan kari ayam yang saya bekukan sebelum balik kampung. Nak buat lempeng ke, roti canai atau capati. Akhirnya saya memilih menyediakan capati. Tepung atta yang hampir setahun saya beli, masih belum terusik lagi. Alhamdulillah masih elok dan tiada kutu kerana dipek rapi dan kemas.
Cara membuat capati ni sangat mudah. Saya belajar dari emak saya yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah. Saya ingat-ingat lupa zaman tersebut, kerana saya masih kecil dalm lingkungan umur 5-6 tahun.
Bahan-bahan yang diperlukan
2 cawan tepung atta
minyak masak 2 sudu.
Secubit garam dan air.suam (larutkan garam dalam air suam)
Cara-caranya
Masukkan 2 cawan tepung tersebut dalam bekas besar. Lubangkan tengah-tengah. Masukkan air suam yang telah dilarutkan garam dalamnya. Masukkan sedikit demi sedikit. Jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Kemudian masukkan 2 sudu minyak tadi. Uli sehingga sebati. Bulat-bulatkan saiz sederhana dan rehatkan dalam tempoh setengah jam. Tutup menggunakan kain lembab bagi mengelakkan doh terlalu kering.
Selepas setengah jam, gunakan penggelek leper-leperkan jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Untuk mengelakkan capati melekat, gunakan sedikit tepung sebelum di lapis-lapiskan sementara menunggu untuk di masak.
Masak dengan api yang sederhana. Macamana kita nak tahu capati kita menjadi atau tidak? Ha.. biasanya capati akan mengelembung semasa di masak. Ini menandakan capati kita menjadi.
Dah masak bolehlah dihidangkan dengan kari atau kuah dalca.
Walla sedapnya!

No comments:
Post a Comment