Sunday, 19 March 2017

sembang ayah dan anak

Sembang suami dan anak-anak..
"Abi, kakak nak jadi doktor bila dah besar, lepas tu jadi macam umi masak je kat dapur" Sembang Nublah dengan abi di meja makan semasa sarapan tadi.
"Nu'man nak jadi helikopter, nanti boleh tolong orang macam Heli" Peminat Robocarpoli cita-citanya pun macam kawan poli
"Ummi nak jadi apa?" Tanya Nublah pada Ummi
Ummi tengah fikir nak jawab apa..
Abi boleh jawab "Ummi dah tak ada cita-cita besar dah macam dulu, ummi nak jaga abi dengan Kakak,Man,Din dan baby Nisrina, jangan nakal-nakal kat rumah nanti Ummi marah.".
"Eh, Man nak tukar cita-citalah, Man nak jadi chef, nanti boleh masak sedap-sedap." Tiba- tiba nak tukar cita-cita
"Boleh Man, Man nak jadi apa pun boleh, yang penting jangan tak sembahyang.
Antara waktu yang terbaik kami ambil untuk menasihatkan anak adalah pada waktu makan.
Peraturan kami di meja makan, jangan pegang handphone. Kena makan sama-sama. Kalau ummi masak tak sedap jangan komplen. Dan makan semua kena angkat pinggan dan basuh sendiri.
Kalau hari waktu sekolah, pagi-pagi memang jadi waktu kritikal. Suami masuk kerja pukul 8, anak-anak pun masuk sekolah pukul 8. Layan drama mereka berdua.. Kadang-kadang pukul 7.30 pagi pun belum mandi lagi. 
Bersabarlah layan kerenah mereka. Mereka tak selamanya kecil..

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...