Saturday, 11 March 2017

Mengajar Sendiri Anak Mental Aritmetik -1




Otak manusia terbahagi kepada 2 bahagian bahagian kiri dan bahagian kanan.Ketidakseimbangan seseorang dalam menggunakan otak kanan dan otak kiri  membuat seseorang lebih pintar dalam pelajaran tetapi  tidak pandai dalam bersosial atau mungkin akan berlaku sebaliknya.

Banyak cara untuk mengasah otak supaya lebih kreatif antaranya
1.Membiasakan diri untuk selalu membaca.
2. Membiasakan diri untuk bergantian menggunakan tangan kanan dan kiri, (untuk anak-anak kecil, pastikan dahulu mereka dominan yang mana samada kiri atau kanan)
3.Banyak bermain aktiviti strategi seperti catur, sudoku, puzzle dan sebagainya
4. Mengubah rutin
5. Mendengar muzik
6. Melakukan aktiviti fizikal
7.Mencabar diri membuat perkara baru.

Semestinya yang patut kita tidak lupa adalah membaca kalam Allah beserta tafsirnya. InshaAllah banyak manfaatnya.

Untuk anak kecik seawal usia 4 tahun, mereka boleh diperkenalkan dengan sempoa seterusnya Mental Aritmetik. Syarat utama adalah anak sudah mengenal nombor. Selain keseimbangan otak kiri dabn kanan, mental aritmetik juga boleh menjadikan anak-anak kita kreatif, meningkatkan konsentrasi belajar dan membantu anak meningkatkan kepercayaan diri. 
Sebagai persediaan saya mengikuti kursus Smart Mental Aritmetik dan Kira Cepat Menggunakan Jari di bawah kelolaan IQMA Training Centre.
Alhamdulillah Kakak Nublah dah start belajar kira cepat menggunakan jari dan Abang Nu'man baru nak start kenal sempoa.Mengajar anak ni tak perlu nak stress sangat pun. Bukan nak paksa jadi genius pun. Saya hanya mengajar mereka seminggu sekali selama satu jam. Kuncinya berhenti sebelum mereka bosan. InshaAllah saya kongsikan nanti asas-asas sempoa.






No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...