Walaupun beza umur Nublah dan Nu'man hanya setahun. Dalam banyak perkara tak berbeza sangat perkembangannya. Tapi dari segi belajar menghadap buku memang jauh beza.
Saya memang tak suka push anak-anak siapkan homework. Penat seharian di sekolah terpaksa mengikut jadual dan sistem yang disusun. Balik rumah ummi pulak nak berlagak jadi cikgu.. Memang taklah!
Saya tau Nu'man dah boleh menulis dan mewarna dengan baik. Cumanya dia tak rajin. Tapi cuba beri puzzle, buku aktiviti yang ada maze, cari persamaan, cari barang tersembunyi, buat origami .. Ha itu memang minat dia..
Cuti sekolah seminggu ni saya nak berikan buku 500 aktiviti ni untuk mengisi masa sepanjang cuti.
Kakak Nublah saya dah rancang nak buat felt craft, umminya tak pandai sangat jugak, tapi banyak boleh cari guna pininterest juga ajar menaip guna komputer sebagai kemahiran asas.
Siapa nak dapatkan buku ni .. Boleh dapatkan dari saya, hanya RM22.90 sahaja.

No comments:
Post a Comment