Rupa-rupanya banyak jenis pokok mint ni. Biasa kita kenal yang satu jenis je yang biasa kita panggil pokok pudina. Kebiasaan orang melayu menggunakan daun pudina untuk di letakkan dalam teh atau ppun di buat ulam. Tak susah jugak sebenarnya nak tanam dan jaga pokok ni. Sekali tanam tumbuh dan membiak sampai tak tahu nak buat apa. Sayalah tu !
Ada beberapa jenis yang saya kenal dan pernah tanam iaitu pudina biasa yang dijual di pasar-pasar, applemint, spearmint, peppermint . Pokok peppermint jenis tumbuhan berbatang lembut dan berwarna gelap. Jika ada sesiapa yang ingin cuba menanam, ini cara saya, saya beli di bahagian fresh herbs aeon dan cucukkan ke tanah yang gembur. Alhamdulillah setakat ni memang tumbuh.
Saya biasa letakkan daun peppermint ni di dalam air teh.. Sangat nyaman bila diminum suam. Boleh juga di kunyah-kunyah untuk menyegarkan mulut. Mulut akan rasa berangin kesandari menthol yang ada dalam daun peppermint ni. Anak saya biasa akan petik 2-3 helai dan kunyah-kunyah kerana sukakan bau dan sensasai berangin di dalam mulut.

No comments:
Post a Comment