Saturday, 25 March 2017

Berani mencuba

Akhirnya selepas hampir 2 tahun duduk di sini saya berani keluar dari rumah bersendirian. Bawak motor je pun pergi kedai sebenarnya dalam kawasan Felda ini jugak.
First time bawak motor tu rasa macam semua orang perhati dan tertanya-tanya "budak mana ni" dan perasaan je sebenarnya. Alhamdulillah tak kekok sangat bawak motor walaupun hampir 2 tahun tak pernah bawak. Saya bawa perlahan-lahan dah parking di hadapan sebuah kedai. Mula-mula ingatkan kedai runcit, betullah jual barang runcit, susunan tepi kedai macam kedai alat tulis, eh ada jugak mesin fotostat pulak dan di satu sudut lagi ada jual peralatan jahitan. Saya masuk dan membeli sebatang pen hitam dan sampul surat saiz besar. Selepas tu saya singgah ke satu kedai makan. Disebabkan kami sarapan roti sahaja tadi. Suami mengadu kelaparan, Kedai yang saya singgah ni hanya menyediakan makanan panas sahaja. Saya memesan kue tiaw goreng dan nasi goreng merah. Rupanya di panggil nasi goreng merah kerana di goreng dengan cili kering. Satu keistimewaan kedai makan ni , kita boleh pesan separuh pinggan. Sepinggan RM4.00, separuh pinggan hanya RM2.00 sahaja. Itu je pun kisah berani mencuba saya.. hehehe Berani keluar rumah sendiri.

Sebenarnya saya masih teringat-ingat kehidupan saya di Kuala Lumpur. Bekerja, berorganisasi, bebas keluar bila-bila masa sebab ada pengasuh jagakan anak. Saya seperti belum mampu melepaskan semua kenangan tersebut. Nasihat saya ibu-ibu yang hendak berhenti kerja harus membuat action plan yang sebaiknya supaya tidak kebingungan bila sudah bergelar surirumah. Start tahun lepas saya cuba-cuba berniaga online. Saya cuba menghiburkan hati sendiri sebenarnya. Hampir 2 tahun menjawat jawatan surirumah kini saya rasa lebih ok. Menjadi surirumah pun kita kena up grade diri kita. Jangan tidak membaca, luaskan pergaulan dan ambil tahu isu semasa. Cipta hobi yang boleh release diri kita dan cari satu kemahiran yang kita boleh manfaatkan untuk disumbangkan kepada masyarakat. 



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...