Wednesday, 15 March 2017

Asam Pedas Ikan Parang Step by Step

Menu Asam Pedas memang menu favourite kami sekeluarga.
Dalam seminggu biasanya 3 atau 4 kali menunya adalah asam pedas. Biasa saya akan buat lada kisar untuk kegunaan seminggu. Bawang, kunyit, halia pula hanya akan di kupas bila hendak masak sahaja.

Menariknya kalau saya ke mana-mana rumah sepupu atau emak-emak saudara, rasa asam pedasnya memang sama semuanya hehehe.. Hari ni saya kongsikan resepi Asam Pedas Muar  jika ada sesiapa yang ingin mencuba.



Bahan-bahannya
Bawang merah
Bawang besar
Kunyit
Halia
Lada Kisar
Halba
Daun Kesom


Ikan parang yang sudah siap di cuci dan di  rendam bersama air asam.

Cara-caranya
Panaskan periuk, masukkan minyak untuk menumis
Bila minyak sudah panas tumiskan bawang besar dan halba, agak-agak bawang besar sudah layu, masukkan bahan tumis iaitu bawang merah, kunyit  dan halia yang telag di tumbuk lumat. Seterusnya masukkan lada kisar. Dengan api sederhana kacau sehingga benar-benar masak dan garing. Masukkan ikan beserta air asam. Renihkan sehingga mendidih dan masukkan daun kesum.
Kacau dan perasakan dengan garam dan sedikit gula bagi menggantikan ajinamoto.

Siap dan sedia di hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...