"Assalamualaikum Puan, YB ada tak?"
"YB tak adalah En.Roslan. Nak jumpa dengan YB ke?Balas saya.
Sambil terhencut-hencut, air liur berjejes-jejes membasahi t-shirt yang dipakainya, Encik Roslan menarik kerusi di hadapan saya dan duduk.
" Puan! Saya ada buat buku puisi ni.. Nak jemput YB rasmikan, agak-agak Puan, YB nak tak rasmikan buku saya ni?" Soal En roslan dalam suara yang kurang jelas dan tersangkut-sangkut.
" Saya rasa tak ada masalah, kalau YB free tarikh yang Encik Roslan cadangkan biasanya dia ok je. Nanti saya beritahu YB, Encik Roslan cadangkanlah beberapa tarikh, tengok tarikh yang mana dia ok." Jawab saya panjang lebar .
" Ok Puan, nanti saya berikan tarikh cadangan, nanti Puan tanyakanlah pada YB" Encik Roslan menutup bicaranya. Beliau bangun terhencut-hencut meninggalkan pejabat menaiki motor roda tiganya.
Masih terngiang dan terbayang-bayang arwah Encik Roslan Shariff, seorang OKU Cerebral Palsy. Dengan keupayaan yang terbatas, masalah pertuturan dan tidak mampu memegang pen atau pensil secara sempurna, tetapi mampu menghasilkan sebuah buku puisi.
Meninggal dunia pada tahun 2015 dalam usia 45 tahun, arwah tinggal bersendirian setelah kehilangan emak dan ayah. Di penghujung hayatnya arwah duduk di rumah kebajikan kerana tidak mampu mengurus diri sendiri.
" Puan, saya tak ada masalah kewangan, saya ada bantuan kebajikan untuk hidup, rumah pusaka ada, yang saya susah nak uruskan diri saya, makan dan minum saya. Itu yang saya susah." Ungkap arwah Encik Roslan bila kami bersembang-sembang.
Kegigiahn arwah meneruskan hidup dan kekereatifan menghasilkan puisi yang mampu meruntun jiwa kekal dalam ingatan saya.
Ini adalah antara kenangan yang tidak dapat saya lupakan sepanjang bekerja di Pejabat YB.
Mengenali insan hebat ini. Alfatihah,

No comments:
Post a Comment