Sunday, 12 March 2017

Nikmatnya berbudi pada tanah.

"Abi cubalah cabut ubi yang kita dah tanam tu" Ungkap saya kepada suami petang semalam. 
Suami mengira-ngira jarinya .
" 5 bulan lebih dah kita tanam ubi ni, tak taulah ada ke tidak isinya"
"Cubalah cabut dulu sebatang, tengok ok ke tidak, kalau tak ok nampaknya tak sesuailah tanah kawasan rumah kita ni" sambung saya..

Saya mengekori suami ke belakang rumah, kami dapat batang ubi daripada emak saudara saya yang tinggal di Kampung Pertanian Kulai. Betapa besarnya harapan semasa menanam batang ubi tersebut. Sebatang batang ubi di kerat-kerat kepada enam. Suami gembur-gemburkan tanah dan dicucuk sekitar rumah.

Sekuat hati suami mencabut sebatang pokok ubi yang telah di tanam, si isteri standby dengan handphone nak ambil gambar hahaha. Macam jakun  jadinya disebabkan lama dah tak tengok orang cabut ubi.
Alhamdulillah.. menjadi rupanya. Genbira betul hati saya. Nak happy tak perlu perkara besar-besar punkan!


Saya goreng untuk minum petang semalam. Sangat empuk dan lemak rasanya. Dilawankan dengan secawan kopi panas.. Wallla!!!

Hari ni saya buatkan kuih keria ubi kayu untuk minum petang kami sekeluarga. Alhamdulillah semua suka.
Nikmat berbudi kepada tanah.Sebenarnya kawasan rumah kami tak besar pun, tapi penuh kami tanam dengan macam-macam tanaman. Pengalaman duduk KL dulu seinci tanah pun tak ada nak menanam.. Nikmat lain yang kami kecap bila berhijrah ke kawasan kampung yang jauh darui pembangunan.
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...