Pengantin sedang makan berdamai masa kami sampai. Pengantin perempuan memakai persalinan unggu sepasang dengan pengantin lelaki berbaju melayu. Majlis sederhana tetapi meriah.Ada tetamu yang datang dan ada yang beransur balik sambil salam 'keruk' wakil keluarga pengantin.Selepas menjamu selera dan bersalam dengan wakil pengantin kami pulang ke rumah.Di rumah, teringan mulut bertanya suami
"Mana isteri kawan awak tu? Saya salam dengan anak perempuan dia je tadi"
"Pakcik tu duda, anak tiga semua dia yang jaga" jawab suami.
"Oh ye ke..Lama dah ke isteri dia meninggal? Pandai dia jaga anak-anak."Sambung saya memuji ..
"Pandai je kata isteri dia meninggal.Diorang bercerai hiduplah rasanya dah dekat 8 tahun" Sambung suami lagi
Saya mencongak dalam hati kalau 8 tahun umur pakcik tu katalah dalam 50 tahun..
"Ish maksudnya mereka bercerai dah tualahkan?" Saya mengagak
"Iye, mereka bercerai dah tua. Masing-masing tak kahwin lain pun. Hidup sendiri bawak haluan masing-masing"
Allahu.. saya terdetik dalam hati.. Tiba-tiba sibuk memikir apa masalahnya ye.. dah tua-tua bercerai.. masing-masing tak kahwin lain pulak tu. Masalah kewangan ke, memang dah tak sayang ke. Entah berat pulak rasa nak fikir.
Mungkin mata kasar kita nampak bahagia dengan perkahwinan, ada suami ada anak-anak, itu pandangan saya yang tak sampai 10 tahun pun lagi usia perkahwinan. Ada hikmah dalam setiap penceraian yang mungkin kita tak tahu. Berdua lebih baik, tapi dalam situasi diatas mungkin mereka merasakan sendiri lebih baik. Bagaimana sayang dan cinta pun kita pada pasangan kita yang memegang hati mereka adalah Allah. Allah jua yang boleh membolak balikkan hati kita.
Penceraian itu perit, samada bercerai hidup atau bercerai mati tapi mungkin satu kebahagiaan bagi sesetengah orang.
Entah!! Saya pun tak pasti.
No comments:
Post a Comment