Nampak gambar kebun sayur-yang sayup-sayup tu. Bila balik kampung memang selalu nampak sepasang suami isteri Cina yang dah tua datang membersihkan kebun sayur tu.
Naik motor usang.. Baju lusuh suami isteri, tak kekok bermain tanah.
Serius masa mula-mula nampak tu memang sangkaan dalam hati Cina kampung biasalah bukan semuanya kaya. Ternyata sangkaan saya meleset. Pasangan Cina tua itu mewarisi legasi perniagaan yang hebat di Parit Jawa Muar. Hampir semua kebun-kebun di kampung dimilikinya. Musim durian baru ni , mak mertua bercerita sehari pendapatan kasar mereka boleh mencecah 20-30 ribu. Durian mahal tu.
Deretan kedai-kedai di Pekan Parit Jawa Muar adalah milik keluarga mereka. Berbalik kepada tajuk asal Inspirasi berkebun, hehehe nak ceritanya mereka ni walaupun dah kaya raya harta tak habis makanlah orang kata, tapi masih lagi rajin berkebun. Pukul 7 pagi pasanagan ni dah ada membersihkan kebun mereka. Itulah mereka. Berkebun ini kerana hobi dan salah satu cara untuk execise menjaga kesihatan. Kalau nak kira mampu beli, pasaraya di Parit Jawa tu milik mereka, segala jenis sayur ada di jual. Inilah antara yang menjadi inspirasi saya untuk bercucuk tanam di keliling rumah. Orang kaya pun berkebun macam tu lagikan pulak kita yang tak berapa nak kaya ni.

No comments:
Post a Comment