Monday, 13 March 2017

Kenangan di Pejabat YB - Hilang handphone

Petang itu , saya bersendirian di pejabat, memang sudah biasa begitu. Petugas di Pejabat YB ketika itu hanya ada 3 orang sahaja. 2 orang lelaki dan saya seorang, Encik H berertugas sebagai pengurus, seorang lagi Encik A dipanggil sebagai Kerani Kawasan. termasuk saya Puan Y. Saya banyak cover kerja-kerja di dalam pejabat, menerima aduan, menguruskan tuntutan yang berkaitan dan menguruskan program-program yang khusus berkaitan wanita. Menjadi tabiat saya jka bersendirian di pejabat, saya akan mengunci pintu gril atas tujuan keselamatan. 
Dewan orang ramai di sebuah Taman Perumahan telah diubahsuai untuk dijadikan pejabat YB. Letaknya pula di jalan taman perumahan yang tidak berapa sibuk dan berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak.Jadi, silalah bayangkan ye jika saya sorang-sorang yang berada di pejabat. 

Sedang sedang khusyuk membuat kerja, tiba-tiba saya nampak seperti kelibat orang. Disebabkan cermin pintu yang gelap, orang yang tiak biasa datang akan sangkakan pejabat tutup. Saya mengintai dari grill ke pintu kaca dan ternampak seorang lelaki dalam lingkungan awal empat puluhan sedang mundar-mandir di  depan pintu. Lelaki tersebut berambut lurus paras telinga dan nampak seperti memerlukan bantuan.

Saya buka pintu grill dan pergi mendapatkan lelaki tersebut.

"Iye encik , boleh saya bantu?" Saya bertanyakan lelaki tersebut.

"Saya nak jumpa YB, dia ada tak? Balas lelaki tersebut sambil duduk dan tunduk tidak memandang muka saya.

"YB tak ada sekarang, biasanya saya akan setkan appointment jika ada sesiapa yang nak jumpa YB. Nak saya setkan appointment dengan YB?" Saya menerangkan kepada lelaki terbabit.

" Kalau tak ada, tak apelah, beri aku no telefon YB" Ujar lelaki tersebut kepada saya.

" Sebentar ye encik, saya catitkan numbor telefon YB" Sambil saya berlalu masuk ke pejabat.

Saya mencapai handphone yang saya letakkan dalam laci untuk mendapatkan nombor telefon  YB. Sedang saya terkial-kial mencari nombor telefon YB, tiba-tiba lelaki tersebut merampas handphone yang saya pegang dan berlari keluar.

Saya terkedu dan menjerit, tetapi tak  ada siapa yang mendengar jeritan saya. Saya sempat berlari keluar. Saya nampak seorang lelaki sedang menunggu di bawah pokok berhampiran pejabat. Lelaki yang telah merampas telefon saya berlari ke motor tersebut dan kawan lelaki tersebut terus memecut laju.

Masuk ke dalam ofis saya menangis, cengeng sungguh masa tu. Saya menghubungi suami menggunakan telefon pejabat. Dalam setengah jam kemudian rakan sepejabat saya masuk ofis dan terkejut melihat saya menangis. Tak lama kemudian, suami saya sampai dan menenangkan saya dan seterusnya membawa saya membuat laporan di balai polis. 

Sedih bila mengingatkan kembali sebab telefon tu baru pakai seminggu. 

Banyak lagi kisah suka duka semasa bekerja di sana. InshaAllah saya akan coretkan kembali sebagai kenangan.


Satu-satunya gambar yang ada dan diambil menggunakan handphone yang dicuri itu



No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...