Saturday, 11 March 2017

Wow ! Banyaknya manfaat mengurut bayi.


Bayangkan kita yang dewasa ini di urut dan di belai.. 
Wah!!! nikmatnya. Begitulah juga yang dirasai bayi bila diurut dan di belai. 
Banyak manfaat dari kerajinan kita mengurut bayi ni.

Saya mula mengurut bayi saya sejak hari kedua kelahiran mereka. Urut di sini bukan bermaksud kita mengurut seperti mengurut orang dewasa. Urut di sini bermaksud kita mengusap dan memberi sentuhan yang menenangkan. Ini akan memberi keselesaan dan ketenangan kepada bayi.

Sebelum mengurut bayi, pastikan kuku kita tidak panjang dan tangan kita bersih. Bayi berada didalam keadaan tenang dan tidak mengamuk . Masa yang terbaik biasanya selepas mandi. Jangan mengurut bayi selepas bayi menyusu, ni memang pastilah bayi anda akan muntah selepas tu. Gunakan minyak yang bersesuaian dengan kulit bayi. Boleh guna VCO atau minyak zaitun kerana lebih alami.

Dengan urutan yang membelai, pasti bayi anda akan tidur lebih nyenyak dan sistem pencernaannya lancar. Sebenarnya tak ada masalah pencernaan pun kalau 6 bulan pertama bayi anda hanya di beri susu ibu sahajakan. Alhamdulillah! yang paling seronok bayi yang selalu diurut ni memang jarang sakit.

Ketika mengurut bercakap-cakaplah dengan anak, agah-agah mereka, interaksi ini akan mempereratkan lagi bonding antara kita dan anak. Selain itu peredaran darah bayi akan menjadi lancar dan membuat kulit bayi menjadi lebih sihat

Anak-anak saya mampu didirikan tanpa di ampu leher dan kaki pada  usia 2 bulan. Itulah kelebihan urutan pada bayi kerana ia membuat otot-otot bayi lebih kuat dan koordinasi tubuhnya lebih baik. Sistem kekebalan tubuh bayi akan lebih kuat dan lebih daya tahan melawan sebarang infeksi dan masalah kesihatan

Akhir sekali kita pasti mahukan anak yang lebih riang dan ceria dan jarang tantrum. Inilah salah satu caranya iaitu dengan mengurut mereka. Saya mengurut bayi saya menggunakan baby balm keluaran Pure Lab. Baby balm organik ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan selamat untuk kulit bayi.


Untuk anak yang berumur 5 tahun ke atas saya gunakan teknik refleksologi, iaitu urut tapak kaki, tapi bukan buat tiap-tiap harilah.. ummi tak sempat hehehe.
Biasanya bila ada yang demam, sakit perut atau susah tidur, saya akan urut tapak kaki mereka sambil bersembang-sembang dengan mereka. Biasanya memang mujarab.. Sekejap je baik. 

Sebenarnya nampak di sini mereka sebenarnya nakkan perhatian kita..

Jom pijat-pijat anak kita!!! 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...