Yis liar atau sourdough starter (sd) adalah pengganti yis komersial untuk menaikkan roti.Sebelum wujudnya yis komersial, inilah cara orang-orang dulu gunakan untuk membuat roti. Sebenarnya saya pun baru belajar-belajar menggunakan SD ni untuk membuat roti. Roti SD ni sebenarnya lebih sihat,mesra perut kerana mudah dicerna dan lebih sedap dari pada roti komersial.
SD starter ini di hasilkan melalui proses fermentasi atau bahasa melayunya kita panggil peram. Roti yang menggunakan SD biasanya akan rasa masam sedikit.
Untuk menggunakan SD starter untuk membuat roti atau donut. SD starter ini mestilah betul-betul aktif. Untuk mengaktifkannya kita kena feed @beri makan. Sd ni tak mintak makan yang bukan-bukan pun hanya tepung unbleach je. Kita fikir macam ni je.. nikan makhluk yang hidup, benda hidup nak aktif kena makan, jadinya memang kena beri makan sampai aktif barulah boleh digunakan.
Ada cara-caranya nak feed. Nanti saya kongsikan.Tanda ianya betul-betul aktif, kita akan nampak bubble-bubble yang naik. Ha itulah waktu yang sangat sesuai untuk meroti atau mendonut.

No comments:
Post a Comment