Anak sulong saya baru berusia 5 tahun masuk 6 tahun, yang ke dua 4 tahun masuk 5 tahun, ke tiga 2 tahun, masuk 3 tahun dan yang bongsu 3 bulan masuk 4 bulan.
Siapa yang anak kecil-kecil mungkin faham betapa lelah dan penatnya membesarkan anak seusia mereka.
Pagi tadi saya mendengar bual bicara di tv AlHijrah bertajuk nakal tapi bijak.
Salah sorang panel menyatakan biarkan anak kita nakal, tapi kita kawal mereka.
Cerita kenakalan anak-anak, masa anak baru seorang jatuh sikit dah risau kot.. Sekarang ni bukan tak risau, seperti yang dikatakan oleh panel tadi , kira kawal mereka.
Semalam anak yang nombor 2 berdarah kepala, jatuh sebab main panjat-panjat katil. Saya marah tak?memang tak marah. Tapi geram je sebab kena tambah kerja nak cuci darah bersepah..
Sebulan yang lepas anak yang nombor 3 luka tangan sebab kena pisau.. Saya tak marah jugak, tapi geram sebab penat nak kena kemas darah bersepah, kena cadar, kena tilam. Hahaha
Saya percaya itu semua proses untuk anak belajar. Sentiasa positif dengan kenakalan anak-anak. Semestinya kenakalan mereka ini perlu dibimbing kerana jika tidak dibimbing dengan pendidikan atau ajaran yang tepat dibimbangi akan menjurus kepada yang negatif.
NIkmatilah hari-hari bersama mereka, sebab semuanya tak lama sebelum mereka ada dunia mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment