Friday, 10 March 2017

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Salam Perkenalan Semua.

Saya yang diberi nama Norhayati binti Nawawi adalah anak kelahiran Muar. Merupakan anak sulong daripada 5 beradik. 2 perempuan dan 3 lelaki.  Ibu kepada 5 orang anak Nublah Asma', Nu'man Anaqi, Nuruddin, Nur Nisrina dan Nada. Bersuamikan seorang chargeman.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Jong seterusnya bersekolah menengah di sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar Muar Johor. Saya berkelulusan Diploma Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai pengalaman bekerja, Alhamdulillah saya saya bermula sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) selepas habis. Saya mengajar belajar di Sekolah Kebangsaan Parit Kadhi Muar. Seterusnya saya pernah bekerja sebagai guru tusyen dan guru di sebuah sekolah swasta di Ampang.Saya suka bergaul dan bermasyarakat, disebabkan itu saya meninggalkan kerjaya sebagai guru saya bekerja di sebuah konsultan yang mengadakan program-program bersama asnaf dan pelajar-pelajar universiti. Pengalaman manis semasa bekerja di konsultan tersebut, saya berpeluang ke Jakarta dan Bandung dan berprogram di sana.

Pekerjaan terakhir saya sebelum berhenti dan seterusnya menjawat jawatan pengurus rumah tangga adalah petugas di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di lembah Kelang. Pelbagai kenangan manis juga terakam sepanjang saya bekerja di sana. Bertemu dan menguruskan pelbagai isu-isu setempat dan mempelajari pelbagai perkara. Bertemu kawan-kawan yang hebat dan mendekati pelbagai latarbelakang masyarakat, kaum dan budaya. Memang sesuatu yang tidak mudah saya lupakan.
Kini saya selesa memegang 'title' surirumah sepenuh masa. Walaupun pada asalnya agak buntu dengan suasana baru. Dengan tugas sebagai surirumah, mengurus rumah tangga dan anak-anak yang semakin membesar, inilah syurga saya sekarang. Walaupun hari-hari tidaklah seindah manapun perjalanan hidup.

Mana mungkin kita sebagai ibu merasa sempurna mendidik anak-anak, banyak lompong dan kekurangan dalam diri yang perlu diperbaiki. Anak-anaklah yang menjadi asbab kita mahu jadi yang terbaik.

Saya juga menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual tudung dan telekung kanak-kanak. juga buku-buku bacaan. Semenjak sibuk dengan bisness online ni, hobi berkebun dan membaca buku saya semakin ditinggalkan, sekarang sedang berusaha untuk menyusun kembali jadual hidup saya dengan tidak meninggalkan hobi-hobi saya yang sepatutnya menjadi terapi kepada saya.

Catatan saya ini mungkin tidak punya ramai pembaca. tapi tak apalah, saya akan cuba terus menulis. Paling tidak sebagai kepuasan sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Selamat Tahun Baru 2020

Dah masuk minggu ke 3 Januari 2020, baru hari ni tiba-tiba datang semangat dan keinginan nak menulis semula. Awal menulis di blog ini dulu t...