Pokok Ulam Raja adalah sejenis pokok herba yang sangat mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Dibiakkan daripada biji benih dan sangat mudah tumbuh.
Pokok ini tumbuh subur di rumah saya. Biasa saya hidangkan bersama sambal belacan, cincalok, budu atau sambal tempoyak. Bahagian yang biasa di makan adalah bahagian pucuk muda. Jika jarang di petik, pokok akan cepat tua dan akan berbunga dan cepat menghasilkan biji benih. Cara nak tanam mudah sahaja, hanya perlu taburkan benih dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Biasanya pokok ini mampu bertahan 6-7 bulan. Biasanya saya tak buat semaian semula.. Benih-benih yang telah matang akan jatuh bertaburan dan anak-anak baru pokok ulam raja akan tumbuh.
Ulam-ulam segar lagi sedap dan sihat kerana bebas racun serangga. Anak-anak saya seawal usia 2 tahun saya latih makan ulam-ulaman ini. Caranya saya racik halus-halus dan gaulkan dengan nasi. Atau jika buat cucur, saya masukkan di dalam cucur sebagai sayur-sayuran.

No comments:
Post a Comment