Alhamdulillah.. Setelah lama tak menamam.. Mari mulakan semula. Sebenarnya saya semai bayam, pak choi dan kailan. Tapi nampaknya bayam je yang hidup tanpa banyak belaian. Maklumlah tanam tinggal.
Bayam antara jenis sayuran yang mudah ditanam. Perlukan tanah yang gembur dengan pengaliran yang baik dan matahari yang mencukupi. Tempoh tuaian antara 20 ke 25 hari. Jika lebih dari itu, biasanya pokok bayam akan tu dan berbunga. Jika bercadang nak buat benih, bolehlah tuakan sebatang hingga berbunga. Bercucuk tanam selain boleh dijadikan hobi, ianya juga sebagai langkah berjkimat belanja dapur. Biasanya jika tanam sendiri pastinya lebih organik dan sihat kerana tidak menggunakan sebarang baja kimia atau semburan racun serangga. Untuk baja gemuk biasa saya hanya gunakan tahi arnab dan air basuhan beras atau air basuhan ikan sahaja.
Sekarang hendak turun ke tanah kena tengok mood Nisrinadulu. Maklumlah bayi baru 4 bulan memang menuntut perhatian yang lebih. Kalau tidur lama waktu pagi oklah.. Kalau nak berkepit je.. Nak masak pun huru hara.
Tetapi oleh kerana berkebun ni memang jadi hobi saya sekarang.. Walaupun sekejap jadilah buat terapi saya.

No comments:
Post a Comment